ASSALAMUALAIKUM
Hari nie nasib baik tak lambat masuk kelas. En. tunang a.k.a pilot terlewat datang rumah. Mulut aku muncung sedepa dah macam mulut itik dah time tu. Mana taknya kelas start jam 9 pagi tapi jam 8.30 baru beliau sampai. Bangun lambat katanya walhal pagi-pagi lagi aku dah call kejutkan beliau bangun tidur. Sabar jelah. Nasib baik en. tunang. Kalau orang lain memang dan kena sembur... mihmihmih...
Perjalanan ke UKM ambil masa 30 minit daripada rumah. Tepat jam 9 pagi juga lah aku sampai. Time tue dah doa banyak-banyak supaya lecturer tak masuk lagi. Amin.... Doa dimakbulkan. Kalau tak terkulat-kulat juga lah nak bagi alasan. Almaklumlah, budak baru kan...hikhikhik...
Fisrt kelas untuk hari ini ialah Aplikasi Komputer..Belajar buat blog bagai..Excited lah jugak kan.Then kami semua belajar cara nak edit document gune Microsoft Words. Inilah hasilnya aku belajar edit mengedit dalam kelas tadi. Ade dua exercise yang aku kene siapkan iaitu Lab Exercise 1 dan Lab Exercise 2.. Interesting dan tak mengantuk...hahahaha..Yang penting kena rajin godek-godek kalau tak memang pening-pening lalat lah nak membuatnya.
Sekian, jumpa lagi... (^_^)
p/s: Lepas habis kelas ni nak belanja en. tunang belanja makanlah. Nak rasuah beliau sebab marah-marah manja tadi....hihihihih...