ASSALAMUALAIKUM
Joni Togo??Siapa tue??pelik nya nama..Macam nama gangster pun ye jugak..hahahaha...amboi tak sayang mulut nampak. Kena saman baru tahu..mihmihmih. Tapi aku bukan nak cerita pasal nama tapi nak cerita pasal novel JONI TOGO KEMBALI LAGI oleh penulis AHADIAT AKASHAH yang baru aku beli minggu lepas di kedai buku POPULAR. Novel yang berunsurkan thriller, seram dan misteri memang menjadi pilihan aku kalau pergi ke kedai buku. Novel cinta??hahahaha..sorry..tak minat!! Berbalik kepada novel JONI TOGO KEMBALI LAGI, novel ini menggabungkan koleksi 5 siri cerita seram/misteri iaitu
- Ini Cerita Joni Togo
- Joni Togo Merepek Lagi
- Bercerita Tentang Malam
- Ngeri Hingga Ke Tulang Hitam
- Dahlah Dingin, Gelap Pulak Tu
So, aku suggest dekat korang semua silalah beli novel ini. Lagi pula kalau baca tengah-tengah malam time semau orang dah tidur, memang meremang semua bulu dibuatnya...hahahahah..Tak mahal pun novel ni. Harga cuma RM19.90 selepas diskaun. Kalau nak tahu lebih lanjut cerita-cerita dalam novel ni silalah baca dengan kadar segera.
Sekian, jumpa lagi...(^_^)
nak jual x semua buku2 ni..sy sdg mencari ni...
ReplyDelete