ASSALAMUALAIKUM
Uwaahhh.. Sebut je mesyuarat mesti aku lemah jiwa raga. Lemah longlai. Rasa nak balik rumah. Tidur. Tak nak datang kerja. Sampai macam tu sekali kan. ahakkkzzz.. Kalau korang nak tahu aku ni cukup tak tak berkenan kalau ada meeting. Sebab nanti yang jadi mangsa buat minit mesyuarat mesti aku..aku...aku...arghhhh.. Kalau satu meeting je tak pe jugak. Kadang-kadang tu melarat sampai 3 meeting. Tension mak dibuatnya.
Tapi nak buat camne. Kena redah jelah. walau pun dalam hati ni meronta-ronta tak nak buat. Malas nak berfikir. Nak reka ayat yang skema. Bosan tahu tak!!!
Sekian, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment