Followers

Wednesday, 22 January 2014

REVIEW: PEMBERSIH MAKEUP PIXY

ASSLAMUALAIKUM

Untuk makluman korang, aku ni bukannya jenis yang suka makeup tebal seinci. Kalau keluar rumah biasanya aku pakai bedak, eyeliner dan lipstick je. Tu pun lipstick bodoh-bodoh je. Hahahaha.. Bedak pon pakai bedak compact UV Whitening Two Way Cake daripada Pixy. Lama weh aku pakai bedak ni. 

Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal bedak. Tapi aku nak cerita pasal pasal Siri Pembersih Makeup Pixy yang aku beli baru-baru ni. Kalau korang nak tahu, produk ni ada dua jenis iaitu Gentle & Moist Cleansing Lotion dan Single Step Liquid Foam. 


Single Step Liquid Foam

Pembersih makeup ni mengandungi madu asli dan bebas alkohol. Muka korang rasa segar dan tidak berminyak lepas guna siri pembesih muka ni. So, first time cuba memang sangat-sangat teruja weh. Kulit muka rasa segar dan tak tegang. Rasa macam glowing gitu.Hikhikhikhik...

Gentle & Moist Cleansing Lotion


Kalau rasa malas nak cuci muka bagai korang boleh juga guna cleansing lotion ni. Just tuang sikit atas kapas then apply je kat muka korang yang ada makeup tu. Owhh ye, siri pembersih makeup ni di datangkan dalam dua size botol. Senang untuk korang simpan dalan handbag dan mudah untuk di bawa ke mana-mana. Pembersih makeup ni aku beli kat MYDIN. So, cepat-cepatlah dapatkan ye. Tak rugi pun.

Sekian, jumpa lagi. 


No comments:

Post a Comment